Friday, October 4, 2013

Tips diet ikut usia: 30 40 50 60

30's:
Angka ini cukup ditakuti di kalangan wanita. Bimbang keadaan kulit, rambut dan lebihan lemak. Untuk menjaga bentuk badan yang ideal, ambillah makanan tinggi protein ketika sarapan, makanan tengahari dan makan malam. Jangan lupa gabungkan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan. Lebihkan sayuran dan imbangkan dengan nutrisi lain..

Protein!
Sayur!
Senam!!

40's:
Angka 4 pula adalah peringkat paling emosional dalam hidup wanita. Ini kerana wanita mula mengalami gejala menopaus yang boleh membuatkan anda stress. Untuk mengurangkan masalah ini, perbanyakkan pengambilan kekacang dan buah buahan.

50's:
Masalah sendi sering dialami oleh wanita yang berusia 50-an. Untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan omega 3 seperti salmon, sardin dan kacang.Jangan lupa vitamin C dan penuhi dengan kalsium untuk kesihatan tulang.

60's:
Hipertensi dan tiroid adalah masalah yang banyak dialami oleh wanita di usia ini. Mereka mesti mendapatkan lemak omega 3 yang mencukupi, elakkan pengambilan garam dan masukkan buah buahan, sayuran, gandum serta produk susu rendah lemak.

No comments:

Post a Comment