Saturday, October 5, 2013

Teladani Wanita Pertama Masuk Syurga

Rasulullah SAW ialah seorang ayah yang begitu baik kepada anaknya Saidatina Fatimah. Pada suatu hari, Rasulullah memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita yang pertama yang masuk ke syurga, Fatimah sangat sedih dengan khabar itu dan Fatimah tersangat cemburu dengan wanita tersebut. Fatimah tertanya tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah lantas pun bertanya kepada ayahnya apakah amalan wanita tersebut dan Rasulullah SAW menjawab pergilah anakku ke rumah wanita tersebut.

Fatimah pun bersiap untuk pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita itu yang bernama Siti Muti'ah. Malangnya sewaktu Fatimah tiba Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan datang semula pada keesokan harinya. Pada hari kedua Fatimah datang bersama Hasan dan Husin pula. Sekali lagi Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk kerana Siti Muti'ah hanya meminya izin untuk Fatimah sahaja yanh boleh masuk ke rumah bukan Hasan dan Husin. Maka sekali lagi Fatimah pulang dengan hampa kerana tidak dapat melihat apakah amalan eanita tersebut.

Pada hari ketiga barulah Fatimah diizinkan masik ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada firasat Fatimah, pada pertemuannya ini tidak aada apa yang istimewanya wanita itu sehingga beliau layak menjadiwanita pertama yang masuk syurga. Sedang asyik berbual bual, tiba tiba wanita tersebut bangkit daripada tempat duduknya dan segera serta bersiap siap diri. Fatimah kehairanan. Rupa rupanya Siti Muti'ah bersiap sedia untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air untuk suaminya menghilangkan dahaga, sdikit makanan bagi menghilangkan lapar xdan tongkat untuk digunakan suaminya bagi menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya serta memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan yang sungguh istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulullah untuk menceritakan apa yang berlaku. Fatimah dengan penuh rasa rendah diri menyatakan kepada Rasulullah bahawa sememangnya layak untuk Siti Muti'ah menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya. Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Siti Muti'ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudamu di syurga nanti.

Maka dia akan masuk syurga dahulu, hakikatnya engkaulah Fatimah wanita yang pertama masuk ke syurga. Ucap Rasulullah sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

No comments:

Post a Comment