Tuesday, December 10, 2013

Pencarian Mentor Bermula

Assalamualaikum..

Sy suke beli buku tpi liat nk bace spai abis..slalu main selak2 je cari part2 yg best..jgn tiru gaya ini..

Saya tgh cube nk bace buku ni spai habis tpi stuck..x spai suku buku lgi..aiyaiyai..

M.E.S.T.I
Mentor.Elmu.Sistem.Tindakan.Impian.

Drpd 5 ni cume 1 je yg sy ada..impian..tu yg kdg2 impian cume tinggal impian..:[
Pernah x kdg2 kite rase takut nk berimpian..impian nk rmh juta2..berkereta mewah..rase mcm x tercapai je..yer..tula yg sy rase..(impian terbaru sy-nk beli kereta range rover yg sgt awesome tu..^.^..check harga mak aii..300k++)

Cerita ttg impian ni sy nk share cerita zaman muda2 dlu..dlu mase study kat U nk blik kampung naik bas je..naik trn bas n lrt..kdg2 komuter..perjalanan amik mase 3jam..kalu naik kete 1jam je..
Ceritanya pasal cita2 nk kerja ape n kat mane..mase tu study engineering..amik plak mechatronic..dlm geng aku sorg je major ni..org ckp mecha ni agak tough..org yg x brp tough mcm aku ni nmpk agak rare sket la..tpi bile dah masuk class tgok rmai jgk bdk2 mecha yg girly2..hehe..tu la yg jdi geng aku..

Main cerita x mula pon lgi..

Mase aku ulang alik U n rmh aku slalu lalu dpn kilang jepun..2 kilang jepun yg agak gah namenye..tpi dlm hati aku dah psg niat nk keje kat kilang B..Niat ni rupenye sejak dari sek menengah lgi..nk tau knp aku pilih kilang B bkn A?sbb kilang B lgi cantik dri kilang A..mase tu xtau lgi ranking2 kilang tu..bdk2 lgi..

So mase kat U pon niat tu masih same..sbb kilang tu sgt dekat dgn rmh..5min je dah spai..tulah tempat keje idaman..

Lpas grad sempatla tanam jagung 6bln sbb kilang B tu x pggil2 lgi aku intebiu..dah 2 3 resume aku htr..kilang A ada gak pggil intebiu tpi xde rezeki..

Dah bosan sgt menunggu aku pon pegi merantau kat kl keje executive dkt klcc..offer keje ni dah dpt mase sblm grad lgi..gaji ok keje pon sng x stress sgt..keje ni x lame sbb aku ni kaki homesick..genap sbln aku berenti sbb dpt offer keje kat kilang B..alhamdulillah..

Citer ni ada sambungan lgi..will be continued soon..

Moral: Niat yg diiringi tekad n azam yg kuat..InsyaaAllah boleh dicapai..

Tapi masalahnye skrg takut nk tanam impian tinggi2..btollah org ckp diri sendiri adalah penghalang plg besar utk berjaya..agree?

Cerita mcm dah terpesong dari tajuk..hehe..

Will find my mentor soon..maybe she'll be my 1st mentor..little lady with a big heart(name as on the pic)..Thank you for your non-stop info for us, the beginners(maskay group)..

Ajaibnya Niat

Niat dari segi bahasa: Pergerakan hati.
Dari segi syarak: Keazaman.
Ini kerana sesuatu perbuatan itu akan melalui empat peringkat:
1. Lintasan hati
2. Keinginan
3. Keazaman/tekad
4. Perbuatan

Setiap ibadah itu dimulakan dgn niat..adakah ingin menjadi kaya itu dikira sbgai ibadah? Boleh jadi ya boleh jadi tidak..bergantung kpd niat kita..maka perbetulkanlah niat kita supaya ianya dikira sbgai ibadah..

Niat juga bermaksud keazaman n tekad yg diiringi dengan perbuatan..betollah kata kata 'Niat Menciptakan Nasib Kita'
So True..

Sama2 lah kite memasang niat yg betul..jika impian masih x kesampaian mungkin niat kite masih x sempurna..keazaman/tekad x seiring dgn action..just my opinion..

A multi milionaire says FAST ACTION FAST RESULT..MASSIVE ACTION MASSIVE RESULT..
This is sooo true..

Saya Bahagia..

Assalamualaikum & good day..

Prof Muhaya sekalu ckp..kite perlu bahagia dlu untuk membahagiakan org lain..bahagia membahagiakan..prof ckp kite jangan kawin sbb nk dpt bahagia..kite kene jadi bahagia dulu baru bleh kawin..huhu..konsep yg sgt menarik n jarang2 kite dengar..1st time dengar dari prof..sbbnye prof ckp hanya org yg bahagia yg boleh membahagiakan org lain..

Sgt2 menarik..setiap kali dgr prof ckp akan rase diri lbih positif..wlpn org bnyk komen prof terlalu optimistik..bgi sy its utk lebih mendisiplinkan diri n x terlalu mudah beralasan..

Semoga prof terus sihat n bahagia utk membahagiakan org lain..:)

Korea Wallpaper Murah lagi Mudah

Assalamualaikum.

Nak kongsi sket psl korea wallpaper yg murah n senang sgt nk pasang..bleh psg sendiri je..DIY(do it yourself).wallpaper ni diperbuat drpd pvc so dia waterproof n senang nk cuci kalau kotor ..tpi kalu dah kene conteng dgn permanent marker pen x dpt den nk nolong..psg yg baru je la..:D

Korea wallpaper ni bleh dibeli online dari facebook: Yeppeoyo Wallpaper..Yeppeoyo tu sbnrnye bhs korea maknanye cantik.

Lagi kelebihan wallpaper ni sgt senang nk psg..mcm tampal sticker.
Setahu sy korea wallpaper ni mahal n kene guna gam nak pasang.agak messy kot..tpi yeppeoyo wallpaper ni murah n senang nk psg..

Sini ada sket contoh wallpaper yg dah dipasang..antara design yg sy minat..Nak tgok lebih lgi bleh check out FB page: Yeppeoyo Wallpaper..

Daah..wassalam. .:)

Saturday, October 12, 2013

Adehh Salah Nama plak..

Rupanya salah nama udang..ni udang galah ok..:p
Alhamdulillah ni hasil tangkapan malam ni..wlpn ciput..the moment that money cannot buy..experience n joy..

Ngantok2 pon sempat lgi update.:p

Rezeki Pertama Pancing Udang Kara..

Assalam..

Aktiviti malam ni pancing udang kara..teman mr H..rase mcm bosan sbb tu rase nk menulis..hehe..x sempat nk bosan alhamdulillah rezeki pertama x smpai 5minit..

Saturday, October 5, 2013

Teladani Wanita Pertama Masuk Syurga

Rasulullah SAW ialah seorang ayah yang begitu baik kepada anaknya Saidatina Fatimah. Pada suatu hari, Rasulullah memberitahu Fatimah bahawa dia bukanlah wanita yang pertama yang masuk ke syurga, Fatimah sangat sedih dengan khabar itu dan Fatimah tersangat cemburu dengan wanita tersebut. Fatimah tertanya tanya apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Fatimah lantas pun bertanya kepada ayahnya apakah amalan wanita tersebut dan Rasulullah SAW menjawab pergilah anakku ke rumah wanita tersebut.

Fatimah pun bersiap untuk pergi ke rumah wanita tersebut. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita itu yang bernama Siti Muti'ah. Malangnya sewaktu Fatimah tiba Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana tidak mendapat keizinan suaminya. Maka Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan datang semula pada keesokan harinya. Pada hari kedua Fatimah datang bersama Hasan dan Husin pula. Sekali lagi Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk kerana Siti Muti'ah hanya meminya izin untuk Fatimah sahaja yanh boleh masuk ke rumah bukan Hasan dan Husin. Maka sekali lagi Fatimah pulang dengan hampa kerana tidak dapat melihat apakah amalan eanita tersebut.

Pada hari ketiga barulah Fatimah diizinkan masik ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada firasat Fatimah, pada pertemuannya ini tidak aada apa yang istimewanya wanita itu sehingga beliau layak menjadiwanita pertama yang masuk syurga. Sedang asyik berbual bual, tiba tiba wanita tersebut bangkit daripada tempat duduknya dan segera serta bersiap siap diri. Fatimah kehairanan. Rupa rupanya Siti Muti'ah bersiap sedia untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air untuk suaminya menghilangkan dahaga, sdikit makanan bagi menghilangkan lapar xdan tongkat untuk digunakan suaminya bagi menghukumnya jika dia bersalah sepanjang pemergian suaminya serta memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Fatimah pulang dengan perasaan penuh kagum dan terharu dengan layanan yang sungguh istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan Rasulullah untuk menceritakan apa yang berlaku. Fatimah dengan penuh rasa rendah diri menyatakan kepada Rasulullah bahawa sememangnya layak untuk Siti Muti'ah menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya. Rasulullah memujuk Fatimah dengan mengkhabarkan Siti Muti'ah adalah wanita yang akan menjadi penarik kudamu di syurga nanti.

Maka dia akan masuk syurga dahulu, hakikatnya engkaulah Fatimah wanita yang pertama masuk ke syurga. Ucap Rasulullah sambil memandang Fatimah dengan penuh kasih.

Friday, October 4, 2013

Tips diet ikut usia: 30 40 50 60

30's:
Angka ini cukup ditakuti di kalangan wanita. Bimbang keadaan kulit, rambut dan lebihan lemak. Untuk menjaga bentuk badan yang ideal, ambillah makanan tinggi protein ketika sarapan, makanan tengahari dan makan malam. Jangan lupa gabungkan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan. Lebihkan sayuran dan imbangkan dengan nutrisi lain..

Protein!
Sayur!
Senam!!

40's:
Angka 4 pula adalah peringkat paling emosional dalam hidup wanita. Ini kerana wanita mula mengalami gejala menopaus yang boleh membuatkan anda stress. Untuk mengurangkan masalah ini, perbanyakkan pengambilan kekacang dan buah buahan.

50's:
Masalah sendi sering dialami oleh wanita yang berusia 50-an. Untuk mengelakkan daripada pelbagai masalah kesihatan, tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan omega 3 seperti salmon, sardin dan kacang.Jangan lupa vitamin C dan penuhi dengan kalsium untuk kesihatan tulang.

60's:
Hipertensi dan tiroid adalah masalah yang banyak dialami oleh wanita di usia ini. Mereka mesti mendapatkan lemak omega 3 yang mencukupi, elakkan pengambilan garam dan masukkan buah buahan, sayuran, gandum serta produk susu rendah lemak.

Warkah untuk Sang Bidadari

Wahai isteri yang sentiasa mencari ketenteraman hidup dan kebahagiaan yang berpanjangan..

Ingatlah sesungguhnya suamimu bukanlah Rasulullah SAW dan akhlaknya jua tidak setara dengan akhlak baginda. Lantas engkau juga bukanlah makhluk Allah yang paling dicintainya. Sebagaimana Aisyah menjadi manusia yang paling dicintai Rasulullah SAW juga disirami dengan api cemburu maka berhati hatilah wahai isteri dengan bahana api cemburu.

Berwaspadalah jua wahai sayap kanan untuk lelaki yang tercipta untukmu. Jangan sekali kali kau memuji lelaki lain di hadapan suamimu atau kau menceritakan tentang perihal lelaki lain kepadanya. Atau kau mengagumi cara berpakaian lelaki lain, tutur bicaranya atau keperkasaannya.

Sesungguhnya kaum lelaki terlalu membenci semua perkara itu. Mereka akan rasa tercabar dan mencalar kewibawaanya. Meskipun dia sendiri yang meminta berbuat demikian sehingga bersumpah tidak akan cemburu,  ingatlah jangan sekali kali kau lakukan kerana dia akan ingat sepanjang hayatnya.

Wahai isteri, ketahuilah sesungguhnya lelaki tersemat di dalam kalbunya agar tidak ada dalam diri dan hatimu lelaki lain, bahkan tidak ada dalam dirimu yang lebih baik melainkan dirinya sahaja.

Wahai isteri yang tercinta,
Sesungguhnya jua, suamimu tidak akan mencari wanita lain di dunia ini. Dia telah berusaha untuk mendapatkan dan memilikimu. Dia bekerja untukmu, hidup untukmu dan ingin hidup denganmu bukan dengan orang lain. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan berusahalah untuk sentiasa benar. Percayalah kepada suamimu setelah engkau percaya kepada Allah yg dapat menjaga urusannya dan berilah apa yang diharapkan oleh suamimu.

Peganglah hadis Nabi Muhammad SAW ini :
"Allah SWT tidak akan melihat ke arah wanita yang tidak pernah berterima kasih kepada suaminya dan ia tidak pernah berasa cukup daripada suaminya ." (Riwayat an-Nasai, al-Bazar dan al-Hakim).

Macho Seorang Suami

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah 1000 harapan, wanita tersebut meminta khalifah Umar agar dia diizinkan bercerai daripada suaminya.. "wahai amirul milukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya." Ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang keadaan suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya yang tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar2 tidak sedap mata memandang. Lalu Umar memberi isyarat pada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi.

Maka lelaki itu pun pergi untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Umar. Tak brapa lama kemudian lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang pada masa itu langsung tidak mengenali lelaki tersebut. Wanita itu benar benar kebingungan dan tak mengecam langsung lelaki yang brdiri di hadapannya adalah suaminya. Wanita itu terkejut kerana lelaki asing itu memegang tangannya lantas berkata, "wahai hamba Allah, Subhanallah apakah engkau lancang melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adengan itu, Umar tersenyum, lalu menjelaskan pada wanita itu sesungguhnya lelaki yg menggenggam tangannya itu adalah suaminya. Dengan tersipu sipu akhirnya si wanita berkata kepada Khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Lantas pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami persembahkan kepada si isteri. Sesungguhnya para isteri lapang hatinya apabila para suami berhias untuk mereka, sebagaimana para suami tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Umar mengakhirinya..