Friday, October 4, 2013

Macho Seorang Suami

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah 1000 harapan, wanita tersebut meminta khalifah Umar agar dia diizinkan bercerai daripada suaminya.. "wahai amirul milukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya." Ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang keadaan suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya yang tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar2 tidak sedap mata memandang. Lalu Umar memberi isyarat pada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi.

Maka lelaki itu pun pergi untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Umar. Tak brapa lama kemudian lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang pada masa itu langsung tidak mengenali lelaki tersebut. Wanita itu benar benar kebingungan dan tak mengecam langsung lelaki yang brdiri di hadapannya adalah suaminya. Wanita itu terkejut kerana lelaki asing itu memegang tangannya lantas berkata, "wahai hamba Allah, Subhanallah apakah engkau lancang melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adengan itu, Umar tersenyum, lalu menjelaskan pada wanita itu sesungguhnya lelaki yg menggenggam tangannya itu adalah suaminya. Dengan tersipu sipu akhirnya si wanita berkata kepada Khalifah bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Lantas pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami persembahkan kepada si isteri. Sesungguhnya para isteri lapang hatinya apabila para suami berhias untuk mereka, sebagaimana para suami tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Umar mengakhirinya..

No comments:

Post a Comment